Thursday, May 24, 2012

Ayah dah retire


Malam tadi mesej my parents, inform esok (iaitu hari ini) dah start final exam subjek BIOTECHNOLOGY, LAW AND ETHICS. Harapnya akan termakbul doa kedua ibu bapa.

Kemudian mak balas mesej.
"Esok pun hari penting bagi ayah. Pak Yon dan Pak Muid dah rancang nak hantar ayah balik dari sekolah dengan kereta klasik."

Dan lagi satu my mom informed, ada cikgu perempuan call mak aku nak ambil di rumah untuk meraikan hari ni, nak buat surprise dekat ayah. hehe.. well good job teachers..

Hampir terlupa. Actually melalui surat hitam putih menyatakan tarikh tamat bekerja 1 Jun 2012, tapi memandangkan esok dah start cuti sekolah untuk negeri Kedah, maka hari Khamis bersamaan 24 Jun 2012 hari terakhir ayah mengajar di sekolah. Sebenarnya umur ayah baru 53tahun, dan ini bukan persaraan wajib tetapi persaraan pilihan sendiri. Dah tak larat kan. Kalau nak tunggu 3 tahun lagi mana tahan.

Both of my uncles suka sangat dengan kereta klasik. Kereta dalam cerita Madu Tiga pun ada tau. Dulu kakak dengan abang aku kahwin pun, pakcik-pakcik aku ni la ambil naik kereta klasik. Nanti aku kahwin nak naik kereta kuda lah. ;p  
Semua students mesti rindu dekat Cikgu Bad kan? The coolest teacher ever. :D Masa dekat sekolah dulu, ayah tak pernah mengajar kelas aku. Tapi semua orang cakap best. Lepas ni tak ada dah la kerja-kerja koperasi yang nak dibantu. Dan ayah boleh goyang-goyang kaki dekat rumah sebab anak perempuannya yang seorang ni dah nak balik rumah..

Harapnya lepas ni ayah boleh berehat di rumah. Hari yang dinanti-nanti dah tiba. Dulu anaknya yang ini la suka sangat countdown sejak 3 bulan yang lepas lagi. Lepas ni boleh la nak bodek ayah lebih-lebih lagi. Permintaan aku supaya ayah ambil aku dekat Kuantan habis exam ni insyaAllah akan terlaksana. Well, the naughty girl. Ayah pun akur sebab waktu tu dah pencen.. hewhewhew..

Tunggu I coming back home, then we will do all the chores together... Peace

Tuesday, May 22, 2012

13 perkara yang perlu dijaga oleh wanita

Dah lama tak buka fb. Konon-konon sebab minggu exam + internet still lembab mcm dolu-dolu tu. 2 messages in my inbox. Open it and found this, sent from Kak Ngah's friend. Thank you reminding me about this!

Dan of course la aku nak share dengan korang. Kita sesama manusia perlu sayang menyayangi antara satu sama lain kan kan...




1. Bulu kening – Menurut Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening.
(Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil ...Bari.)

2. Kaki dan semacam hantu loceng – Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan – (Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.) Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng…sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah ….

3. Wangian – Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong.
(Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.)

4. Dada – Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka.
(Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.)

5. Gigi – Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya – (Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani) Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah.
(Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.)

6. Muka dan leher – Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.

7. Pakaian yang nipis (jarang) – Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja (Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.)

8. Tangan – Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya.
(Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.)

9. Mata – Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya. (Petikan dari Surah An Nur Ayat 31)
Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram.
(Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.)

10. Mulut (suara) – Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik (Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32.)
Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi.
(Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.)

11. Kemaluan – Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka.
(Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.)
Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya. (Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.)
Tiada seorang perempuanpun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah.
(Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.)

12. Pakaian – Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti.
(Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu D , An Nasaii dan Ibn Majah.)
Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah diken ali . Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang.
Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya. (Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim) Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.

13. Rambut – Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya.
(Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.)

Riwayat Imran bin Hushain ra.:
Bahwa Rasulullah saw. bersabda: Sesungguhnya penghuni syurga yang paling sedikit adalah kaum wanita. (Shahih Muslim No.4921)


Makanya, hatiku mula tersentuh + takut + malu. Mungkin pernah buat agaknya. Mohon segalanya diampunkan Allah S.W.T.. Dan henfon memainkan lagu nasyid, Taubat Seorang Hamba..


Mohonlah keampunan kepadaNya.



Saturday, May 19, 2012

Mengharap


Macam nak buat sajak pulak tentang pengharapan pada sebuah kenderaan. Cehh, tak payah nak berpuitis sangat lah. Nanti jadi macam dulu tak pandai buat sajak, memalukan diri sendiri pula.

Kadang-kadang cemburu lah jugak bila tengok kawan-kawan dah ada kereta sendiri. Tak pun yang boleh tumpang kawan-kawan yang ada kereta tu. Humm, budak kelas aku berapa orang je yang bawa kereta. Yang lain tak ada rezeki lagi. Mungkin masuk final year boleh kot.

Pergi kelas tak perlu naik bas. Nak pergi pukul berapa pun tak kisah. Kalau terbangun lambat pun still boleh pergi kelas kalau jenis yang tak kisah masuk kelas lambat.

Nak pergi pasar malam pun senang. Tak perlu tunggu kereta sewa yang kadang-kadang sampai tahap perlu tunggu 15minit-45minit semata-mata nak pergi pasar malam. Customer macam-macam ragam kadang menyebabkan orang lain sakit hati yang teramat.

Lagi best bila ada kereta boleh la aku pergi library sesuka hati. Nak pergi balik bila-bila pun senang. Nak duduk sampai malam pun tak ragu-ragu. Sekarang kalau nak naik bas memang tak la. Malas nak berjalan ke library. Lagi senang duduk study dekat bilik.

Kalau bab outing pun senang. Macam nak keluar pergi pasar malam tu lah. Tak perlu delivery. Dan kalau nak pergi pantai lagi best! Nak pergi Cherating pun senang. hehe.. Ok pasang angan-angan siap-siap.

Saja nak membebel sekejap. Mana tahu ayah lembut hati nak bagi aku bawa kereta next sem. Tak pun abang aku bagi kancil.. hehehe. Ok, tak payah berangan benda yang tak pasti boleh tak! huhu.. peace....


Sunday, May 13, 2012

Hari Makan-makan Kami #3





















*credit to Anna for da picca

Hari Makan-makan Kami #2


















*credit to Anna for da picca

Maaf ye kawan-kawan KWW. Saja gurau-gurau edit gambar ni. Peace!
Ado lagi haa... Nanti den upload lagi.


Saturday, May 12, 2012

Hari Makan-makan Kami #1



Assalamualaikum..

Selesai sudah dinner batch kitorang Biotech 2nd year.. Pheww.. Mind you, almost all of the members in "Kami Warna-Warni" are like a kid. Yeah, with different personality. Thats why we used Kami Warna-Warni (KWW) for our batch.

10 Mei 2012, bertempat di Restoran D'island of a Thousand Roses.. Perghh, nama sehabis hebat la. Tempat pun cun! With a farewell theme. Setiap semester memang kitorang akan buat aktiviti kelas. Dan setiap tahun, semester 2 diwajibkan mengadakan jamuan makan-makan ni haa. Sebenarnya next sem adalah satu satunya semester untuk kitorang bersama. Masuk sem 2, 3rd year nanti pakat-pakat nak berpisah, pilih concentration masing-masing.

Fine..dah rasa sebak. Padahal tak berpisah lagi. Tapi bila memikirkan masa hadapan, mula rasa gundah gulana. Tak keruan rasa. ehem, over u. Entah, dah sebati dengan semua kawan-kawan. Aku kalau boleh tak nak langsung ada gap dengan kawan-kawan. So senang. Selagi hidup tu, berkawan lah. Baru kita akan rasa tak kisah bila nak satu group buat kerja atau nak keluar atau nak makan (ceh, makan lagi).. Tanpa kawan, hidup tak lengkap.

Back to the dinner.. Aku diamanahkan untuk melaksanakan sesuatu pada hari dinner tersebut. Maka aku perlu ke restoran itu lebih awal daripada biasa untuk menyiapkan segala kelengkapan. Thanks to Miroi yang banyak tolong aku.. and friends..Kenny, Mai, Zulfa, Ipan and Mun.. We all baby August except Miroi and Ipan. Penat lelah kitorang adalah meniup belon. Ok, aku punya idea! Lempang diri sendiri.

Selain agenda makan, ada juga performance from retis-retis KWW.. not arthritis penyakit tu ok. Tapi retis a.k.a artis. Wow.. Macam-macam bakat. Bukan setakat pelakon, penyanyi, band semua ada. Ahli politik pun ada. Jangan risau. And ada games, video presentation dan election for new leader. 

Well, my part was birthday party to those baby April, May and June. Disebabkan tak pandai nak prank gempak-gempak, terpaksa buat yang sweet, sweet punya. Perlukan pengorbanan kawan-kawan yang lain. Tak pandai nak kenakan orang, tak ada idea. Jadi kitorang buat games nak cover kitorang punya plan untuk celebrate birthday. Dan aku risau aku over sangat malam tadi. Maaf Miroi. Aku tak berapa pandai nak handle. Tapi aku harap semua baby April, May, June berpuas hati, dengan hadiah yang tak seberapa (props). Dan kawan-kawan yang terpaksa main pelik-pelik kat depan tu berpuas hati.

Makanan..sedap. Alhamdulillah. Siap ada lebih lagi. Meja kitorang yang  dekat belakang duduk 6 orang saja. Orang lain berlapan. Tapi tudiaa.. Siap minta nasi lebih lagi. Main menu: Nasi dengan lauk tomyam, ikan steam (i guess), sotong, daging.. wee~ banyaknya makan. Side dishes pun banyak. Berat juga yang dikatakan side dish ni. Sate, makaroni, kuih tepung pelita, sata, chocolate moist cake, dadih.. Ok, pergi timbang berat sekarang berapa kau dah gain lepas makan banyak-banyak? Tak cukup dengan makan dekat restoran, balik makan lagi. Dusshhh...

Ok, bila dah start menulis panjang lebar pula aku nak cerita. Haha, macam ini la bila aku balik rumah. 4 bulan dekat universiti, balik rumah macam gun rasanya. Non stop aku potpet potpet dekat mak dan ayah. Banyak sangat nak cerita. Ok lah.. Let see what I've done to those gambar yang Anna snap semalam. I'm sorry Anna. Haha, ampun kepada mereka yang ter'involve' dalam gambar-gambar itu.. Peace no war!


*credit to Anna for the picca

for now, cuma satu gambar ni yang sempat upload..nanti kalau internet connection ni laju, aku upload banyak-banyak..

Adios..